September 23, 2011

TAK TAHU NK LETAK TITLE APE UNTUK ENTRY NI.



assalamualaikum penterjah blog abg ucop sekalian... selamat siang ibu-ibu bapak bapak, itupun kalau kalian membaca pada waktu siang la kan... kalau malam, salam goodnight dan terus ke kamar tidur, sbb abg ucop tak nak korang termimpi-mimpi sampai ade yg sleep-talking dan sleep-walking dek tempias blog yg kekonon nyer extraordinary ni...


nk menaip ape pun tak tahu.. tp abg ucop yakin, skali jari telunjuk ni menekan buttons-buttons yang ade ni, konpem 100% idea mencurah-curah ibarat mencurah ke daun keladi! eh,mcm tu ke perumpamaan nyer? langgor je la... baru-baru ni abg ucop kau masuk majalah GLAM Lelaki...eh jap jap...nama jer masuk magazine! empunya badan belum mampu dr segi fizikal untuk masuk skali...mental agaknyer dh ready barangkali...



you-know-what,abg ucop memang tak pandai la bab-bab mengarang ayat-ayat taraf Datuk A Samad Said tuh...sebab mase high school amek science, diploma amek accountancy...degree pon amek accountancy!tapi nak dijadikan cerita la kan, baru-baru ni kan cuti semester panjanggggg... 4bulan lebih gitu la kot, so abg ucop pon melonjak riang la pegi beli Majalah GLAM Lelaki isu 12... cover hardy hartono kot kalau tak silap...terbaca la "kami memerlukan pendapat serta emel anda" tu kann, so gigih la amek mood sebagai pengarang/editor majalah seketika! feeling kena ade! kalau kau tak feel nk buat sesuatu, hasil nyer pon xde feel jugak... pastu gua pon send la kat emel tertera!



since majalah ni 2 bulan sekali, so memang lupa la gua ade emel komen-komen segala kan...skrg abg ucop kat UTM Skudai plak... sedang berjalan menuju ke bilik single(bujang) yg menghadap kehijauan pokok-pokok dan kekuningan monkey-monkeys... tiba-tiba telefon bimbit ku menunjukkan lelampu merah berkelipan tanda ada sesuatu perkara akan berlaku!BBM scandal barangkali..ooops! ya, panggilan dr mr fashionista keem!!



ringkasan perbualan :

keem : ucuppp! kau kt mana??? Omaigadd, kau masuk magazine gila!

ucop : siapa ni??(suara macho habis)

keem : keem ditaliann~

ucop : dengan nada tersentak, ucop terus tanya! majalah ape.??


keem : kau buka GLAM Lelaki issue 13 noww! kau dpt kasut RM300! untung nyer kau, glam gitu skrg..(ada add on skit kot)
ucop : carutan demi carutan bermula.....!@#$%^&*())(*&^%$#@!~!@#$%^&*&

inilah rupa coretan abg ucop dalam
GLAM Lelaki issue 13


sekarang, masih lagi menanti email confirmation utk dapatkan kasut Caterpillar(Kode) worth RM300. Editor majalah sempat bergurau ditalian dan menyangka saya seorang 30-an! terus terfikir "im getting older".. nk kahwin cepat-cepat pleaseee.
kesimpulan dari entry ini, nama keem masih muncul. enough!HAHAHA




September 19, 2011

SEKIAN LAMA-NYA.


eehheerrmm eehheerrmmmm(sambil betulkan urat-urat saraf dileher)

ok, sekarang aku kena bahasakan diri aku sebagai "abg ucop"... yelar kan, masing masing tak nak kalah guna nama tu... ade yg kata sebab nama tu classic atau ladies-ladies sekarang panggil vintage...tang mana vintage aku tak sure la...tang pipi kot !!! haaaaaaaaaaa...


as usual(seperti biasa)..tetap nk speaking nih, abg ucop nk highlight kt sini bahawa blog abg ucop berubah lagi layout-nyer, susun atur kiri kanan.. tonyeh-tonyeh bagi sedap mata memandang... berkabung 4 bulan tak update blog semata-mata pegi gunung ledang menuntut bahasa-bahasa lazat untuk hidangan korang... kau ade ke mcm abg ucop buat ni? tak adoooo kn? seee...betapa sayang nyer abg ucop kat uols(singkatan bg perkataan you all)...


motif blog ni diactivatekan balik sebab aku banyak terima pesanan dr laman sosial facebook suruh aku bergiat active balik... aku tau, ni semua gara-gara dek kemenangan @ kenasiban @ kerezekian aku terpilih sebagai komentar pilihan utk Majalah GLAM Lelaki issue 13 cover page Henry Golding...Alhamdulillah sgt sgt! abg ucop mase tu tgh belajar bahasa kt gunung ledang kann, sebab tu voleyy menang... ecececey, sempat lagi ni aku auta cerita kt korangg!


p/s : korang percaya erkkk? bagusss...lepas ni ikut aku g berak, sebab aku dh lame menahan ni..
(jgn berimaginasi lebihhh okay..)



dahh dahh dahh...hentikan seketika iluminasi imaginasi dipersepsi minda anda anda anda semua yer.. focus kita sekarang ialah pembaharuan dalam blog ni..


yang pertama, ialah header blog ni... meh sini rapat-rapat, abg ucop nk bisik-bisik kt telinga kiri kanan korang...header tersebut di-import khas dari Sahara... kawan abg ucop ni mmg budak art.. art kau tak tahu apee??? Art tu seni adik-adik yg dihormati sekaliann... beliau ni mmg arif lagi bijaksana ttg senilukis... fashionista pon dia... so far aku sgt berpuas hati dgn kerja keras dia, sgt berusaha keras..keras dr batu lagi... dia juge slalu memberikan pendapat dan jolokan yg mendalam terhadap pemakaian seharian... dia ni saudara angkat tiri Keemora Lee Simmons... korang nengok la jalur-jalur hitam kt atas tuh, elegence bukan? katanya la... lepas ni sape-sape nk design rumah ke, baju ke, landscape ke... saudara tiri keemora ni blh tolong! tp BERBAYAR okkaayyy... lupe nk introduce beliau ... namanya Izzul Hakim... nama glamer Keem Bouszynkie... nama mesti nk ade unsur - unsur glamourous ! tetapp! ni link blog dia kalo korang nk jenguk atau nk kenal lebih rapat...



(click nama diatas)

selesai! (matila kena carut macam-macam dari Mr.Keem) ....

azan dh berkumandang lar.. abg ucop kau nk g sembahyang pulak.. byk sgt syaitoonnn nirrojimmm melingkari dipelusuk tubuh rakus ku ini.. ketemu lagi dilain waktu... blog yg sama...link yg sama... penulis yang sama... cuma entry dan cerita sahaja berubah! next entry lagi menusuk jiwa sanubari uols. ok,sekian....


assalamualaikum






March 28, 2011

CERITA MARCH.

assalamualaikum sahabat sekalian.

okies, penulis sangat bersemangat waja untuk mengupdate, mengemaskini, menyusun atur dan memeriahkan lagi suasano blog yang dirasakan agak tersisih dari masyarakat! tanpa segan silu, penulis memulakan tarian jejari jemari menaip bloggggg! vrroooommmmm.

baiklah, setelah process menyimpan atau memerap story morry yg penulis rasa agak lama dipendam, maka penulis rasa..agak panjang berjela juga la entry kali ini.. yeah, the truth is, i felt so so so damn lazy to update this blog.. cewahhh, nk juga berbahaso engleshhh kannn? motif?? takde motif pon sebenarnya...aku pon nak ekshennn jugok. dok saloh kan?

okayleh, segmen pendahuluan dh settle. now aku nk share story pasal blog ni jap! seriyes aku terkejut mcm lembu nampak kucing tgh mengawan sbb followers aku dh mencecah 99 orang! korang akan cakap aku poyo la an? nk menunjuk followers la..hello, im just nobody nobody but youuu! ade followers tu aku rasa mcm terharu gila..siapalah aku kn? so..lepas ni keep it up baca blog aku walaopon xde sebarang peng-update-an dibuat!

**rosak bahasa malaysia! aku B3 bahasa malaysia time spm!



tadaaaaaa! cantik tak? cantik tak? (nada ERIC LEONG) .....gambor dibawah ni penulis berTUXEDO? bukan event ABPBH 2010 tau, bukan disponsor oleh Lord's Tailor tau..bukan meniru aaron aziz tapi cuma mengambil inspirasi daripada mereka! seriously, aku takde masa nk beli suit-suit segala nih..apatah lagi dari segi wang ringgit untuk m'belinya..so, aku recycle jer mana yg ada dlm almari kecik kat hostel tuh..btw, sempat buat kebajikan okeyyhh! aku bg pinjam blazer kt kawan-kawan lagi.




men looks perfectly gentlemen in suit. dress up well ok?you'll look innocently perfect and bold in suit.

**matila dikecam oleh rakan-rakan sbb suit aku dibeli last minute.


seriyesly, i love this suit much bitch!

suit : Brand X. event : Pre-Graduation Dinner @ pulai spring resort,Skudai,Johor

aiyarkkk! korang nak gambor lagi? hmmm..malu la, gmbr aku semua mcm sumbek jekk! tapi aku tunjuk la sikit k?**(malu-malu bukak folder gmbr)

inilah nina murdzani. my coursemate. hot stuff utm okayhh.



ini pula wan ameer farid. teman semeja sewaktu dinner.

teman bow tie juga!


bila dah balik KL, ade nk bergambar utk kelas pulak..nk bergambor ramai-ramai..yela kan, kami semua dh nak berpisoh slps 3 thn bersama, memaki mangumpat bersama, mengutuk sipolan tu sipolan ni sama-sama, mengumpat member tak buat assignment, tacing sana sini..then, amek la gambor kelassssss! tp gmbr class sgt buruk pixel nya, xblh nk enlarge..ni je yg ok sikit!


ini pula pQa muhammad.
teman seperjuangan dlm kelas! damn my pants so tight at the X spot kan? tak sengaja gilaaaaa.


gambor dibawah ni pulak nampak mcm budak sengal berkepala besor je kan?


ini pula penulis ber-suit lagi untuk assignment presentation

gambar tak clear sgt sbb snap guna iPhone.

oh ya, iPhone kawan!


secara kesimpulannya, MARCH adalah MEN IN SUIT bagi aku. seriyesly aku suka berkemeja. nampak kemas je. motifff?? sebab aku dh gemok, pakai kemeja kurang nmpk gemok!!! tu je motif nyer.


bye-bye sahabat!

February 2, 2011

as simple as ME !~

haloo haleewww (muncunglebih skit)

salam dari hometown..wahhh, me(kata ganti diri) batuk, cough-ing! aiyoooo. koh keh koh keh setiap masa.....sgt tak selesa la uolz.... aku rasa dh buat status kt fb pasal batuk segala ni kan... hmmm...kau tahu tahu ajer la, makhluk ma
khluk coursemate kat Uni aku bukan nk bg cadangan makan ubat ape, berape ml isipadu yg aku perlu teguk, which pahrmacy nk kena pergi ke, clinic chong ah meng ke...tp nan addoooooo! semua nk mencarot segala kt status aku... aku tak marah tau kawan2..aku suka korang memeriahkan status aku... nasib baik la roomate aku bg idea mkn ubat batuk cap ibu dan anak. ekceli, aku bukan nk mintak simpati or what kan, saje je nk buat touching skali sekala..dh lama rasanya tak dipujuk digoda oleh ehem2...


eh jap jap! digoda? ehem2? APEKAH? SIAPAKAH? wahahhaha...saja jer nk auta sket! korang pon terus ber"negative thinking" kan? aku tahu... (**sambil muka muncung atas bantal empuk dalam bilik aku!!) hahaha..


stop! aku masih singlea and aku masih teruna! wahh. kelass x statement?


okayyy. tak nak merapu lagi dah! baru-baru ni, kawan blogging merangkap kawan sehidup semati aku ketika di kolej matrikulasi, Ezay Hadry(nama fb dia, cepat add dia skrg), dia bgtau blog aku dapat award. aku mati-matila ingatkan dpt Anugerah Blog Remaja Pilihan" kann, tp tekaan aku meleset dan merosot sama sekali. bitchhh to me!( bley ke mcm ni)...hmmm..Ezay bg award ni




katanya blog aku hebat! tapi, aku malas update jugak! hamekkk kau. aku tau, kau tgh tggu chocolate indulgnce aku kan? sabar ye, paparazzi tak masukkan duit. hahahahhahaa


well, biasa la kn..bila dapat award ni, mcm-mcm tugasan la dieorg suruh!
nih tugasan dia :

1) cerita sikit tentang tabiat buruk anda (tabiat buruk dalam blogging ke)

tabiat buruk aku? saya budak baik, mengamalkan perfectionism, so xde la yg buruk-buruk.
hihihii..
actually, tabiat buruk sy, sy tak boleh tgk org meludah! gelii.


2) bila anda start buat blog ni? (1st post blog anda)

actually 2008, then aku delete and buat baru! masa tuh blur skit pasal blog ni.

3) tag 3 kawan anda atau lebih.(bagitau kawan anda melalui komen entry terbaru mereka)

aku tak pandai tag weyh!!! matila!!


aku dh malas nk menaip nih! next entry bertajuk, ME-MAG.
keep on reading and commenting ting ting yawww!~
xoxo.


January 8, 2011

fitsr week

assalamualaikum dan salam sejahtera. siaran lintas langsung dari seri pentas angkasapuri broadcast centre. haha. semua aku gabung sekali gus. kekonon nyer nak menyedapkan pembacaan korang la.
**kononnya.


gua kat bilik sekarang, bershort pants + t-shirt dan jam tangan sekali aku pakai. tak tahu kenapa aku pakai semua ni di dalam bilik,sedangkan roomate tiada disisi pon. aiyoyoooo,jgn berfikiran negatif sgt ok,dh la suhu di kuala lumpur hampir sama seperti New york sejak kebelakangan ni kn,tp "macam" je la ya.


banyak IPTA-IPTA yang start class/lecture on 3 January kan, begitu jugan dengan uni. aku.. Kalender akademik terpampang 3 january - 28 january tempoh kuliah, tp since 1 week i was here, habuk pon tarak! kalo korang nak tahu, selama lima hari yang diperuntukkan supaya mahasiswa mahasiswi maha karya cinta sekalian pegi kuliah, dihabiskan sebegitu sahaja oleh aku dekat bilik. mana tak nya, betapa gigih nya aku dress up nk g class, lepak 30 min dlm class pon lecturer x masuk lg. and that wasnt happened just on Monday , but also till friday!
what a waste of time kan?


alangkah bagus nya kalau aku masih berhibernasi di rumah kn? and the second thing yang buat aku lagi geram, ade la budak pompuan class aku ni called the lecturer as stated in the timetable, but amazingly lecturer tersebut tak tahu pon dia kena ajar kami. bagi yang malas belajar macam ehem2 mmg suka la cancel class, bagi aku,its not a good start.


management tak perasan ke semua ni?


oh btw,jadual kelas aku tukar 4 kali..aku ulangi 4 KALI HOKAYHHHH!!!!! tak sistematik sungguh la. geram pon ade. tapi,naseb baik aku ni jenis yg penyabar skit(sejak kebelakangan ni la), so, aku simpan dlm hati je nk kutuk-kutuk pasal jadual. kemungkinan, pihak management saje je kot nk bergurau dgn kami, since this will be our last semester in UTM International
Campus right. Cantik sgt guruan kau!


sekarang, aku tgh gigih bertwitter. korang cepat-cepat la follow ku kay? mwah.


okay la brother and sister sekalian, aku nk iron baju. eh silap, IRON BAJU BARU. monday ni kan smart day! kena lah SMART! otak pun kena SMART jugak.


xoxo
:)

January 6, 2011

TWEET TWEET!




SILA KLIK LOGO DIATAS UNTUK TERUS KE
twitter-eusoffaqeuddin