December 11, 2010

EH! EH! eusoff update blog lagi lahhhh.

TADAAAAAAA!




salam buat semua pembaca dan follower sekalian yawww!


cube korang nengok title untuk entry kali nih... "EH! EH! eusoff update blog lagi lahhhh. " tu yang aku dapat dari chatbox kat facebook baru-baru ini. gigih kan aku update blog time cuti-cuti ni kan? utk sape lagi kalau bukan untuk followers sekalian..bg yang tak follow aku lg, sila la klik punat FOLLOW sebelah kanan korang tuh kay??



ekcerley(actually), aku tak tau pon nk story morry ape tuk entry kali nihs..tapi mengidam sangat-sangat nk update blog. so,lets me karang mengarang la sepotong dua ayat untuk korang bace kan.. tp korang pon tau kan, aku tak pandai sangat nk story morry tanpa ade bahan untuk diolehkan.. ex: gambar.


jap erk, aku search gambar jap..kot kot ade yang boley dipublishkan dan bleh menyegar bugarkan korang nye mata kn...sejuk ati sket!



by the wayyyy, korang cuti-cuti hujung tahun ni buat ape erkk? nk tau boleh tak erkkk? hahaha..ko nengok la sisa cuti aku ni..berpaedah ke tak aktiviti aku!


baru-baru ni kan ade Monsoon Cup kat hometown aku... seriyesly, selama ni nengok gitu-gitu je kat astro ESPN kan, this year, cuace sgt baek la sgt kan, plus kawan aku ni ade VIP Pass..so, dia ajak la aku skali pegi..kalo korang nak tau, 15 mins kawan-kawan aku ni bg masa kat aku untuk siap-siap! kau nak matiiiii ke hapeee? aku tgh tido then Lynn call aku suruh siap-siap! baek bossss. aku menurut perintah kauuu.. aku harap Lynn akan membaca entry kali ni..Kalau korang nk tahu, Lynn adalah kawan abg ucop since standard 3 hokehh.. kau ado? xde kan. ahaks


abg ucop kau! pose guling-guling mcm hindustan je takde..gila kau nk pose gitu..xreti la..


ni lah Lynn yang dimaksudkan. galok-galok all the time ah kalo jumpa lynn.


sometimes,rasa mcm nk sepak je lynn. hihi
miss Zailin,sorry yawww! jokes sajokkk.


yaya - eusoff - elynn
lepas ni gmbor ni lekat kt frame!



lepas tu, balik lahhhh! nk kemana lagi kat tganu ni? pavi? curve? sunway? hartamas? solaris? tggu 100 tahun,tu pon belum pasti akan muncul kat tganu.hahahak.



p/s : sorry geng. gua malas gila nak menaip.gua tgh busy mencuba outfit-outfit terbaik for my casting! Casting? OMG! tunggu aku story lepas aku balik dr KL.




chow cin chow!
bye.





December 7, 2010

CEMPETITION SANA SINI.... amek kauuuu!

salam buat semua readers and followers..


okay okay..korang mesti tertanya-tanya kn sebab sejak dua menjak- tiga menjak - empat menjak ni gua ghe-ghajin(kata ganda) sesangat (kata ganda lagi) nk mengupdate blog kan? senang celita,senang gua nk explain, senang jugak korang nk faham kan, aku sebenarnya nak meng-sharekan sisa sisa hidup aku dengan korang.... sisa sisa hidup aku yang aku rasa boleh membuatkan korang tersenyum la kot serba skit by the time korang menerjah blog gua ni kan... gua memang suka nengok korang tersengih-sengih sorang diri baca blog aku!


japgi mesti bibik korang ke, maksu timah korang ke(tiba-tiba masuk mood iklan raya Telekom), pak long wahab korang ke atau datuk-datuk dan nenek-nenek korang tertanya kn, apehal la budak ni asyik gelak dan tersenyum je bila mengadap cermin kelabu taik hanjengg ni kn(blog gua kn warne kelabu, GREY PEOPLE, yeah its grey in colour..) bukan "ping karerrr" sebut nada saiful apek yaa encik-encik dan puan-puan sekalian....


***wahhhh, merapu lebih ni...



so,bila kalian-kalian diatas tertanya atau men-tanya kat korang, mesti korang jawab korang bace belog gua kn? mesti korang cakap korang baca belog kelabu taik ehem2 kn? tak pun, korang suruh dieorang baca skali blog gua pon kira okay jugak uollsss....so, aku tumpang gembira la sebab aku mampu men-senyumkan korang! aku bukan nk lebih, nk suka-suka je. kn?

okay okay! chef wan marah cakap banyak-banyak. straight to the point katanya.
motif chef wan enterprem?? sebab gua baca GLAM Lelaki ade muka chef wan yg macam gangster sgt!



TAJUK : Sekitar Phototripkarya KLCC (pertandingan fotografi)


LOKASI : sah sah la KLCC kan


WAKTU : 8am-3pm

HARI : sabtu




ni masa 9am sampai kat Kay El Si*sy...



kalo korang nk tau kan, kalo tak nak tau sudah, tutop mata and berambus,kalo nk tau teruskan membaca ya.....kalo korang nk tahu,pagi-pagi buta kat sini sangat ramai foreigner a.k.a omputih,omnegro, omindn omarab dan macam macam om la suka sangat jogging kat sini.. macam-macam pesen la dieorg jogg, ade yg smbil tlk stroller tuh, ade yg masa jogging pon nk ehem2 kn..so aku pedulikan je semua tuh.. hati tetap dengan misi untuk meng-snap gmbr teraik dan disubmitkan ke pihak pengadil....mata aku pon sepet semacam je tau, hari sabtu kn takde class, bajet nk membuta la kan..tapi tak leh jugak!



seriously, aku mmg takde pengalaman sgt fasal-fasal pertandingan fotografi bagai nih. tp aku nengok, mcm best je, so aku byar la yuran 5 hengget sebagai wang pendaftaran! murah gilarkkkkkkkk...kau mampu? mesti lah mampu kan...


so, ni la serba sedikit pics yang aku snap! silakan tuan tuan dan puan puan.....





sape kata KLCC takde shot lawa. lawa ke ni? ni betul-betul depan klcc, entrance yg depan AmBank tuh..dekat dengan entrance Philharmonik..lawa ke tak? hehhehe





ni anak aku..eh silap silap..anak unty ape ntah..sgt sporting tau! gua nk snap je,trus paling tepi..budak ni nk jadi model mcm ehem2 katanya!





nah kauuuu! nk tema 1Malaysia sgt kn..berlari berkejaran aku kt taman klcc tuhs...
berkuah-kuah peluh aku mencurah-curah!





rapid !(xde idea dah for photo caption)
***pitammm..


last-last kan, aku dapat mesej menang nombor tiga! brape ribu? gila kau ribu-ribu bagai nk menang hadiah kan..fees pon 5 hengget.,.tp hadiah berbentuk RM la...cukup la kalo korang nk beli shirts kat zara yg lelong-lelong tuh. Kesimpulan nyer, berbaloi sangat!



member kt UTM aku(mak cik hanis) cakap gambar kat blog aku gmbr lama. tau-tau je dia erk? skodeng aku all the time ar tuh...tp x ngaku! betol tak makcikk? jgn marah! dia one of the bloggers in my class yg asyek membebel je kat blog! mana aku tak panassss kn? nasib baik dia tak membebel pasal aku! hihihi...


p/s : eazarts photography tu geng-geng foto aku tau! kalo korang aku tolong snap-snap pon blh!
hahaha




okay! ketemu lagi..
chow bebehh
xoxo



December 5, 2010

EUSOFF MASIH DISINI. YA ! DISINI !

salam buat semua pembaca dan followers....


pejam celik pejam celik, sedar tak sedar kita semua dh berada di penghujung tahun 2010. dah bulan disember dah kawan-kawan...korang sedar ke tidak hah???? tak lama lagi kita semua akan melangkah pula ke tahun baru,2011. azam yang korang buat list bagai tu dh tercapai ke belom? haaa,persoalan tuh! fikir-fikirkanlah.... 2011-mesti tahun depan lagi mencabar drpd tahun ni kan? tahun depan menuntut kita untuk lebih maju ke hadapan, berfikiran lagi matang dari sekarang..think out of the box la kalo nk cakap omputih sgt kn.. ye la kn, everybody want improvements in every single moments right? so, setiap detik dan waktu yang berlalu dan yang akan dilalui mestilah dihadapi dengan penuh keyakinan dan tanggungjawab..



ok, blog ni bukan utk tempat bermotivasi bagai lagi dah(tapi korang amek dr aspek yg positif la dr blog gua ya?), bukan untuk mengutuk makhluk-makhluk sekelling dah, bukan mengkritik itu dan ini dah. dah tak nak dah semua-semua tuh! shhuuuhhhhhh jauh-jauh....eusoff kaw nk berubah jd yg lagi baik dari sekarang! ditekankan lagi sekali ya, berubah ... kalau cikgu bahasa melayu or cikgu sastera kat sekolah korang mesti suruh guna "trans
formasi" kn?... haha..tu sebab dieorg suka teman anak-anak dieorg tgk cerita transformers! eusoffff, behave yourself, td kan cakap nk berubah kn? ok2... behave behave.



kesian gila gila kat korang kan, kemain lagi follow blog gua bagai kn, mengharapkan dapat membaca dan berkongsi idea di blog ni, tp gua buat taik kat korang, tak hupdate, tak follow back, dan TAK TAK lain lah! takpe kawan-kawan,hari ni, eusoff yg korang kenal dh bersedia nk update blog dia! ni dia yg tulis sendiri taw, bukan PA ke, Setiausaha politik ke..mampu ke aku nk lantik mereka semua? hmmm.... fikir-fikirkanlah ya. Memandangkan blog
aku lama tak update kan, so banyak gila cerita yang aku nk share dengan korang....tapi aku akan make it "systematic" la..dh tak nak dah campur aduk story macam kuah dalca tuh. eh jap jap, motifff kuah dalca pon enterframe dlm blog gua ape kes?? aku story satu-satu okeyhhh?



macam orang tua je kn berceloteh itu ini tak habis-habis.. perenggan isi pon tak masuk-masuk lagi..OK! ACTION!



UKM yaaaaawwwwww!


tu diaa..abg ucop kau bergelak ketawa sakan! see the belt la kannn.. H is Happy katanya! korang mampu? hehehe...






eusoff & miss nina


okey okeyyy..aku faham dengan situasi korang sekarang kan?!!! panas punggung je bila tgk pics aku ni. JANGAN FIKIR YANG TIDAK TIDAK ya kawan-kawan sekalian. ini adalah teman karib gua kt UTM ! jangan konpius plak UTM dgn UKM....nanti ade pulak yg nak kena sepak terajang dengan aku.... siapa - siapa yang buat cerita @ reka-reka cerita @ meng-adakan gosip, tunggulah perintah berkurung dari gua... Gua memang pantang skit bab-bab sensitip mcm nih. motif ke UKM ialah lawatan persatuan utk budak-budak course aku (accountancy) ke Fakulti Pengurusan & Ekonomi kt UKM tuh...(aku bantai je nama fakulti tuh,...lupa la gile! )...yang penting ade course accounting kat sana! nk gamborrr lagi? jap ek!

katanya miss nina : and it turns out to be a cam-whoring day! mana tak nya, org laen sebuk duk dengar ceramah, abg ucop kau slumber flop poppy je pegi maen snap gambar! bahaya kn? terlepas dari pengawasan abang-abang and akak-akak UKM jd macam gini la..korang jg dowh, tak baek!


kalau adik-adik nak tau, ni la akak-akak yg berangan nak masuk ANTM, tp kena tendang dgn tyra banks! kau mampu ? xde nyer...


mamat dua orang nama dia roy & fadly. si fadly ni korang jangan tanya aku dia ni jenis macam mana. Ni bukan blog hawan hali ya!( amboi3x )..kalau korang nk tau tentang dia korang add dia kt fb. status masih single. rebutlah peluang korang cepat-cepat sebelum terlambat... hahaha...

Fadly! aku nk 10 hengget tau, aku promote kau ni...

till here only. gua pon ade hal nk urus cuti sebulan nih. korang? haa..by the way, nk promote link skit..voleyyy?


http://www.flickr.com/photos/eazarts

http://www.formspring.me/eusoffaqeuddin



p/s : musim-musim hujan ni jangan main air ya? main benda lain OK!


chowww!

November 1, 2010

hye NOVEMBER.

hello mellow.. wahhh, gigih ni nk update blog. awal2 pagi dh bgn kn semata2 nk update blog? ohhh tidak sama sekali..gua bgn kol 6.45 kot hari ni, pastu check email, reply comments kat fb, siap-siap and NOW aku dah terpacak dan terduduk kat library. study week katanya.


aku telah mencemar maruah aku pegi PSZ (perpustakaan sultanah zanariah,UTM International Campus KL)..memang pelik la kan, sepanjang sem ni aku xpernah naik library melainkan pergi PC zone utk online. other than that mmg xpernah.

semester ni mmg xde nk pinjam buku bagai kt library utk assignments sebab semua assignments kena buat questionaire, interviews, firm visit n etc.. lecturer pon dh bijak skrg, kalo dieorg bg topic, sah2 student cari buku n re-type balik, and bila time presentation semua buat2 paham kn..



ok2, aku skrg tgh tggu tentera-tentera wanita datang ke library. pah bedah, cik kiah, mak jenab dan semua-semua lah! mereka lmbt kn? ish3, saya pantang kalau org tak tepati masa, tp hari ini sy sgt sabar.!! mereka nk ajar aku kn, so kena lah sabar!! kenapa gigih benor aku stdy sampai library? persoalan yg perlu dijawab tu. sebab, sem ni nak tak nak aku kena struggle utk naikkan lg pointer. yea,seperti semester-semester sebelum ini, target mesty DEAN LIST kn!!



haaa.. kalo korang nk tahu, masa time-time cam gini la aku busy meng-filekan balik semua notes-notes, print out slide mcm dlm gmbor kt atas, lagu-lagu kena download byk utk spare time bosan, bilik dan toilet kena kemas, baju-baju dh ready untuk dibawa pulang. haaaa! bagus x?

lepas ni nk kena pergi KLCC pulak! adoyaii..semua ni mengganggu aku nk stadoo(study+tido) kn?

good luck people. selamat berstudy dan meng-examkan diri yawww!


www.flickr.com/photos/eazarts

October 31, 2010

cepat-cepat!

assalamualaikum,hello and salam 1malaysia buat semua(intro mcm budak2 MPM kn).. watever it it, introduction kena ade jugak kn.

title post ialah cepat-cepat! macam lagu jaclyn victor pon ada, tp biarlah, asalkan ada tajuk.

MOOD : SEMANGAT NK STUDY.
BODY POSTURE : DUDUK DIKERUSI
SONG : LISSY TRULLIE - ready for the floor

ok baiklah,aku sgt bersemangat nk study. siap la sape yg kacau aku. aku cincang 14 buat masak char koey teowwww Mali's... dh 2 hari day, asyik mkn kt mali's jerkkk! addicted kot. sanggup drive dr SZB to KUL semata-mata nk mkn kt malis.


mengapakah tetiba ryan reynolds ade kt sini? mitif nya, aku nk body mcm ryan reynolds. before that, aku nk kuruskan badan dulu,then shape-shape kn. HAHA. harap-harap menjadi la kali ni ea. btw, aku dh 5 hari x makan nasi ok! gigih tak?

kalo korang tgk aku mkn nasi, cepat-cepat rampas ok?

ok,till then. aku saje je nk update sebab lama sgt dh tggl blog ni. lagipon,hari ni last day of october, kalo aku x update, nmpk mcm 2 bulan plak aku tggl blog ni kn? haha.

ok. see u people! aku nk g stdy dulu.. bye.

xoxo

(dh pandai XOXO dh skrg yaaa! )

August 19, 2010

SIARAN TERGENDALA!

salam ramadhan al mubarak ya rakan-rakan taulan.

okeyh,kali ni gua janji(5 jari jemari tersusun disebelah kanan bahu) lepas ni gua akan update macam-macam story kat blog ni. gua tahu, anda,anda dan anda semua mesti tak jenguk belog gua kalo gua tak update kan? korang tau tak betapa gigihnya aku berusaha nk update belog ni walaopon gua ade quiz dlm beberapa minit je lagi..?? so,bagi yang menjenguk dan baca, gua sangat sayang sama kamu! muahhhxx cikit...ALAMAK!!! batal puase aku!

tuan tuan dan puan puan sekalian, gua tersangat lah busy di bulan pertama semester 5 tahun akhir di UTM nih..dah tak lame dah nk grad kn?? sabar2.. macam-macam program gua libatkan diri, yer la kan, time ni la nk spent masa dengan semua org,semua tempat, semua program n etc... tapi, gua masih berkesempatan memanfaatkan Mega Sale july 2010 baru-baru ni...



menyuap encek camel?bila pulak gua pegi saudi arabia erkk??





saje-saje nak menyemak kat bazaar ni! terus kena marah dengan aunty mary sebab dieorg igt kita nk beli,sedangkan kami nk photoshoot sajokk!
namaste unty maryyyyyyyyy.



kasut baru yawwwww. semakin semangat gua nak melangkah kaki ke class. boleyy ke mcm tu?


santai sajokkk...pakai "fipper" je. korang lain lar,kasut beribu-beriban bagai kn.



bintang walk yg sentiasa meriah..meriah ke?

Mr Monorail VS Crocs



pesanan penaja:

- kalau nak keluar pegi mana-mana, beware with the pick pockets!

July 14, 2010

THANK YOU.



salam hormat semua followers dan readers sekalian.


kali ni gua nk update sikit je. sebab gua sedang mengumpul data-data yg lebih menarik untuk dihebohkan disini.

seperti yg sedia maklum, gua skrg berada di Uni gua di Kuala Lumpur. hostel yg gua tinggal skrg ni gua panggil "villa". nama nak gampang je kn, saje je nk bg fabulous skit.. villa gua skrg tgh sebok mat-mat indon duk mengecat. colour ape korang rasa-rasa? cuba teka! sape betol aku agi 50cent... dieorg cat bangunan 7 tingkat ni guna pengangkat yg mcm dlm cuci the musical tuh. jelas seperti pencuri nk masuk bilik korang! gua nk tdo gaya kupu-kupu pon tak aman!


special thanks to MISS N for this thingy. i appreciate it a lot. im hoping to go there too. lucky u girl.

member gua g london, n she gave this black tees to me. thanks again.


waktu skrg : 2.46am, 14 July 2010
location :villa's

esok class gua 9am dol. takpe,gua dh spare masa tido gua ptg td!



~eazarts~



June 23, 2010

R.I.P is equal to ROCK IN POSE!

hye semua readers!

gua tabik spring sama korang semua, sebab tak jemu-jemu nk ngadap blog gua walaopun baru seminggu dua ni gua sangat productive dalam meng-edit, menambah seri blog ini, ada tambah-tambah lagu sket..bukan nyer ape, anak-anak muda skrg hidupnye semua nk music.. handphone kalo xde mp3/mp4 tak nak beli, kolot kata nyer... nk g class pon dgr mp3 via handphone walaopon earphone dh berikat simpul bagai kn.. itu anak-anak muda skrg. lain pula dengan gua yg bakal melangkah ke usia yg agak muda dari skrg! skrg 19 lagi... Usia? kenapa perlu berahsia..haha..tetiba kluar statement iklan komerSIAL kat TV mane ntah..dh tua buat cara tua la kan..



dh lama gua tak update blog dlm bahasa "white man" a.k.a omputih kn! dh lenguh kot lidah gua speaking white man, dh balik hometown ni, so skrg cakap ikut loghat negeri sndri la pulok kang!

nok makang nasi dagang lauk ikang dalang talang. kalau tak faham jugak cepat-cepat mengucap dol. jgn cari gua! gua takde Degree in Loghat...

bosan kn entry kali nihs.??? aku yg menaip ni pon rasa bosan je..tp teruskan je la!

M to the A to the R to the A to the H...which is equal to MARAH!.....actually, gua mmg x pernah nak marah org, walaupun hati gua ni cepat melenting sket.. tp mrah dlm hati jek laa.... kalau terpijak kucing gua tak marah sgt, TERsentuh pig-skin linen kat boutique fok keong n etc. (gua x pernah lagi stakat ni dol) gua tak marah sgt..tp kalau aset-aset rosak mmg gua marah.. skrg lappy gua buat hal, otw nak baiki...like it or not,mmg akan hantar lappy gua ke SPA yg bertauliah, saje je kau nk manje-manje ngan akak vietnam kn? haha...lappy skrg pun dh pandai nk kena belai, jgn main-main.. MAAF ya ladies & jantan sekalian, gua mmg FAILED bab-bab membelai nihs...




neh la lappy sementara!
kecik & sepet je kalau nk on9!






signboard diatas terletak di suatu lorang executive di bandaraya terengganu
AWAS!
KELAPA MERBAHAYA DI ATAS KEPALA ANDA!




pose itu rock!
mood : addict to love perhaps? perlu ke mcm tuhs? layan sajooo..
model AADK pon menjadi jugak!
**berangan lagi kau ucop!



tema : on the phone!
p/s : ur face totally looks like KEEM!
model : Ahmad Hezwan Ab Qahar!





aku suruh kau gigit, kau pun gigit la kn?
beliau sgt mengikut perintah,beliau juga membontoti gua di lokasi pemggambaran!
bagus la kau ni geng! nanty nk fly obersi(overseas) jgn lupe aku ya!




kau lompat la kt jambatan hanging yg reput nihs! aku nk snap pon ala-ala shaking jerp.
sabo-sabo! EUSOFF dlm extraordinary sabar!



i love this pics! bukan model tuh..
gua suka shades lu bro.. beli x bgtau gua pon!



ting tong!

hencek abg & hencek akak dating kat sini ya???
saya nk ikut juga boleyyy? hahaha...
**sambil angkat kening!



gua x suka edit gambar, originality shows quality!
till then.
chow!


~eazarts~



June 21, 2010

MY SUMMER BREAK




good morning ladies and gentlemMEN. terima kasih kerana memilih syarikat penerbangan kami. saya EUSOFF AQEUDDIN selaku ketua pramugara anda pada pagi ini dan di bantu oleh anak-anak kapal syarikat X yg kurang gorgeousnya serta stokin kaki yg koyak! seriously stewardess tu pakai socks koyak dow! (bahaya untuk di-mentionkan syarikat penerbangan tersebut)

** gua berimaginasi skit di pagi-pagi senin ni..


dengan berbekalkan cuti semester yg agak panjangggg ala-ala beras cap gunung everest dari cuti-cuti yg sebelumnya, hampir 3 bulan jugak la gua memanaskan punggung di atas kerusi,di depan laptop, dan memanaskan peti televisyen dirumah.tu tak kira pulak dengan kerusi kat dalam kereta beserta mileage nyer! jelas menunjukkan gua menghabiskan masa dirumah dan didlm kereta! macam-macam aktiviti gua lakukan.so far masih boleh dikira berfaedah la.


FYI, cuti semester gua kali ni agak berbeza sedikit memandangkan gua dilengkapi dengan gajet baru, so cuti panjang ni xde la mcm bosan tahap kerusi rotan malas tu kn.. so gua akan hidangkan kepada korang semua la ttg aktiviti gua serba sedikit..memandangkan cik kiah, pah bedah, uncle ming tong, unty mala & pak chandran dh bergosip sakan tiap-tiap pagi tyme mereka nk pegi pasar sebab aku x update blog! so aku harap, this time mereka akan kunci mulut mereka....haha...

**(nama-nama diatas tiada kaitan samada yg masih hidup atau yg sudah meninggalkan bumi terchenta ini, rekaan semata-mata!)

gua tak tahu mana nak mula sebenarnya, sebab berjuta-juta story gua pendam, nasib baik tak basi jek. ok2, gua ringkaskan la sikit yep! seperti biasa, cerita berdasarkan gambar!





inilah gajet gua..kerana diriku begitu berharga.
hahahaha



jalan atuk aku kah? semestinya jalan saya..coming soon!
siapa la empunya badan Datuk Hj Eusoff tu ea?
dh lama dh gua usya jln ni, skrg baru dpt snap.




gambar ihsan paparazzi RTM! haha..focus kena betul,sila focus yg berbaju putih, bukannyer Big Mama berbaju kelabu tahi hanjing ituu! kelihatan stalker berbaju merah jambu batu A1 sedang bersedia untuk menghubungi wartawan! saya berkhayal dan berangan HEBATT! ahahahah.

lokasi : le chevalier
mood : merehatkn minda,suhu dingin.




location : china town, heritage waterfront city
photographer : EAZphotography
pakaian : koleksi peribadi EUSOFF




STORY 2 : picnic!
LOCATION : private beach.


makanan yg dihidangkan..sgt lapow , sgt bergelak ketawa!



cupcakes yg sgt best!

credit to farrah aishah.kalo korang nk tempah roger gua!



together we unite. xpenuh lagi, dh riuh satu pantai..
location : private beach,trganu.




camwhoring satu kemestian! makanan dipinggirkan, bf ditinggalkan, gf di-ignorekan!
utamakan gelak ketawa...dalam bahasa terengganu = gallok!


bergambar lagi..aadduuuhhh...lenguh pipi,gigi,gusi n etc..


sebelum gua nk belah, and korang semua baca blog ni..gua nk pesan beberapa perkara sikit..untuk kebaikan kita bersama...!



1) berhati-hati ketika berfacebook! gambar-gambar anda ramai yg lihat, and banyak tafsiran kotor tahap tikus longkang keluar dari mereka. selamat menterjah gambar-gambar masing!

2) jagalah laptop anda sebaik mungkin.. laptop gua dh masuk serbis.. 300 hengget melayang! alangkah berbaloi nyer jika aku buat menda lain kan? tp nk buat camnerk,dh terpaksa.

3) kalau kau suka baca blog aku, keep on reading! kalo x suka sila berhampus, kaki busuk korang tidak diundang! hehe.. gua x emo, gua menasihati jer..kan x psal2 ade special entry memarahi Mr/Ms XY

4) jgn ingat anda berkuasa sman menyaman,anda boleh buat apa saja! negara kita ada undang-undang! be ware people!


5) khidmat nasihat TAMAT!







EAZphotography.EAZarts.
0132858948


chow!

May 19, 2010

mid of may, i'm so bored.

teacher : what day is today?

eusoff and the classmates : today is wednesday!

itulah soalan yg akan ditanya setiap pagi sebelum kelas bermula ketika di St. Teressa Kindergarten. I miss Teacher Brijit yg rambutnya mcm rihana, chinese girl who sit next to me who loves colouring so much. i miss the moments. btw, happy teacher's day warga pendidik sekalian, dari gua kindergarten, Sek. Keb Sultan Sulaiman 1, SMK Sultan Sulaiman, Kolej Matrikulasi Kedah, UTM! oh ya, gua mmg ingat semua nasa guru kelas gua..

SEK. KEB. SULTAN SULAIMAN 1

standard 1 : Pn Hasmah bt Yusoff

standard 2 : Pn Wan Zibah

standard 3 : Pn Rohana(yg ni gua x sure, tp Na yg blakang tuh dh betul.. :p )

standard 4 : En Rahim ... dia jumpa fmly gua baru2 ni, dia bgtau, bila sy tgk pen sy, sy akan ingat Eusoff Aqeuddin! sila siapkan karangan "Aku sebatang pen" sekurang-kurangnya 80p.p k!!

standard 5 : En Bayani

santdard 6 : En Sabirin

SEK. MEN. KEB. SULTAN SULAIMAN

form 1 : Pn Jurimah

frorm 2 : Pn Jurimah

form 3 : En Sulaiman

form 4 : Pn Zurianis

form 5 : Mr Mohan Raj

gua sgt2 suka masa form 4 n form 5!


KOLEJ MATRIKULASI KEDAH - encik encik lecturer dan puan-puan lecturer, sy kurang ingat nama anda, tp wajah anda semua masih segar bugar dalam ingatan saya! especially lecturer . . .


UTM
byk sgt kot gua nk list down,every sem new lecturer.. haha..


HAPPY TEACHERS DAY cekgu-cekgu sekalian.hehe..............................................................................................................
korang tau la kan, gua cuty kali ni 3 bulan kot. bosan dh tahap paling tinggi yg dh xtercapai tahapnya! nasib baik last week ada exam muet kat KL. so, gua dgn gigih tanpa study terbang ke KL untuk menduduki exam tersebut dengan jayanya! yes, gua sgt layan muet speaking exam, before kena kurung dlm bilik sblm exam, gua baru terhegeh-hegeh nk belek-belek notes & tips.


awan dania kah? awan gelap ada lahh!


kebosanan bersendirian mmg sakit. skali skala keluar tu lega lar sikit. gua sedang gigih berusaha untuk memenuhi masa kosong dgn lebih berguna. nantykan ya tuan-tuan dan puan-puan! nantikan pengumuman dr gua, kesabaran anda amat gua hargai..


ini yang terkini..
setiap satu ada bau SEKSI yg tersendiri!
beware!tp gua masih spt biasa dn tidak seksi!
dh mula mengarut dahhhhh.


ummhhh...jelas terasa keharuman!
bau dye sgt best, girls cnfirm terpikat!haha.



memerlukan isian semula dengan segera! haha.


bila dh bosan korang tgk la kerja aku tuh, mmg x berfaedah langsung. tanam pokok berbuah lg bagus kn! so jgn tiru aksi ini dirumah k?

p/s : jom la lepak2!
p/s/s : jom la futsal!
p/s/s/s : cepat lah june, aku menanti mu dgn penuh kesabaran! cant wait for it bebeyh!

chow!

website : www.eusoffaqeuddin.blogspot.com
email: eusoffaqeuddin@gmail.com
contact no : www.maxis.com
/eusoff




May 1, 2010

MAY 1st

say goodbye to APRIL and say hello to MAY.

and hoping MAY will gives me more fun for my daily lifes here in ho
metown.

first and foremost, (mcm essay MUET je) gua sangat2 berterima kasih kepada semua readers yg sentiasa mengikuti perkembangan blog ini. terharu la gua sebab followers makin bertambah! thanx semua! i appreciate it.

APRIL was such a hectic months for me.i celebrated the last day of APRIL.yes, Uni gua dh mula bercuti dan gua sangat bernasib baik kerana paper terakhir ialah pada 19 Apr 2010, tapi gua xdapat nk balik rmh trus sebab ade MEUT on 24th Apr. So, after the MUET exam trus cabot ke rumah dengan sepantas mungkin! Actually takde la busy sangat, tapi kalo dah kesana kesini mmg susah lah nk update blog ni kan. Kalau nk mengupdate blog sangat-sangat memerlukan keinginan, semangat dan feel yg tersendiri. So tungu punya tunggu, 1st may baru sampai feel,mood, keinginan dan semangat segala lar. i went ot the beach yesterday! best.


apa maksud 3 sea shell tuh?
I LOVE YOU kah?


thousands steps


tganu beach.

kuda ku lari gagah berani!

LOCATION : Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu!

it only takes 5 minutes from my house. jom! lepas ni nk g mandi kat sana plak. sape nk ikut sila isi borang ok?

April 7, 2010

holla APRIL

hye anda-anda semua! Eusoff disini. Apa khabar anda-anda semua? Terima kasih ya encik, cik, puan, tuan, Dr, Prof, Dato', Datin n etc kerana sudi membaca blog ini. im just an ordinary EUSOFF! :) ada kelemahan dan kekurangan jugak! haha.

firstly, gua tersangat nk mintak ampun n mintak maaf kerana agak lama tidak meng-update blog ini! pejam celik pejam celik, makan tido makan tido dah bulan APRIL rupenyer! blog pon dh lame tak dikemasini, sementara ada kelapangan waktu ini, gua update la serba sedikit ya! bukan ape, mamapaparazzi dh bising sgt! nasib baik x serbu dalam exam hall je suruh update! ok! lupakan seketika cerita yang di tambah-tambah itu.


study week telah pon berlalu dengan bagitu indah! gua memaksimumkan cuti tersebut! cuti seminggu jangan disia-siakan untuk pulang ke rumah! jgn risau, dengan berbekalkan tagline "NOW EVERYONE CAN FLY" harapan anda untuk pulang ke kediaman anda akan termakbul. gua mmg pantang kalo time nk check flight tuh, ade murah, cepat-cepat mau bookkkkk! bkn ape, masa itu intan berlian bling bling kot skrg ni!






study di rumah sangat berbeza dengan di cllge. sangat-sangat berbeda ya ibuk2 bapak2! disana gua bisa bergerak kemana saja kerana ada transportasi, ttpi di cllge, hanya kafe menjadi teman! study dirumah sangat tiada gangguan berbanding dengan cllge.! (mcm essay perbandingan jerk!) study di rumah sangat peace yalll, study di cllge, bingit dengan jiran tetangga yg x ahu waktu sesuai untuk karaoke! redbox murah je, pegi la sana, kat bilik untuk berehat, bukan untuk berkaraoke! sabar2! study dirumah ada internet laju, di cllge slow bongekk! so, xley facebook sgt! eh, kelebihan jugak tuh. hihi


then, back to KL dengan keropok segala, khas untuk teman-teman gua yang sentiasa membontoti gua kemana sahaja, teman-teman sekamar gua ketika ingin beradu (ahaha 18SG), teman-teman yang sentiasa marah sebab aku gelak x hengat dunia.( baiklah teman-teman sekalin, new semester gua gelak dengan begitu sopan sekali!), teman-teman yang sentiasa lepak-ing, overnit-ing, futsal-ing,mamak-ing dan segala "ing" lah! next tyme gua bawak kerook lagi banyak ok!


EXAM!

exam gua so far very-very good! bukan nk berbangga sakan, tp gua sgt satisfied dengan revision yang gua paksa jugak kat diri ini. BERBALO-BALOI! ada 3 paper lagi, then gua nk kena kemas segala harta pusaka yang ada ni untuk berhijrah ke hometown gua! wahh,happy. hotel dh book jugak untuk menenangkan jiwa,minda dan badan! oh x sabarnya!


SY TAK UPLOAD GAMBAR SEBAB kuala lumpur SGT PANAS, DAN GAMBAR-GAMBAR TIDAK DI-IZINKAN UTK TATAPAN UMUM!


HAK CIPTA TERPELIHARA DLM LAPTOP GUA!


PROMOTIONS!

bagi yang memerlukan perfume, gua ade buat part tyme isi masa kosong tolong jual perfume. MEN & WOMEN

FOR MEN :

-giorgio armani
-hugo
-tommy hilfiger
-davidoff
-joop
-dunhill
-dolce& gabbana

FOR WOMEN :

-thierry mugler
-chanel
-christian dior
-armani
-YSL
-givenchy
-gucci
-hugo boss
-joop
-lancome
-christian dior
-giorgio beverly hills
-estee lauder
-issey miyake

we also sell "celebrity parfums".. interested, contact 013-2858948!

price :reasonable

quality : high quality

got tester, try first!

:)